Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat sebagai pemandu

  • Mengapa anda perlu bekerjasama dengan Maxim?
    Maxim telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan tujuan untuk meningkatkan interaksi antara pemandu dan penumpang. Dalam, amalan ianya bermaksud kami memberikan tumpuan perhatian kepada kepentingan pengguna. Berdasarkan keputusan dan menganalisis pasaran pengangkutan, kami menawarkan terma kerja yang menguntungkan. Maxim juga menghargai kerja pemandu dan mengembangkan perkhidmatan demi kepentingan pemandu.
  • Bagaimana saya boleh menjana pendapatan?
    Anda memerlukan kereta dalam keadaan yang optimal dan telefon bimbit dengan akses internet. Dalam beberapa minit anda boleh mengisi borang soal selidik dan muat naik dokumen yang diperlukan dalam aplikasi pemandu, dan jika anda mempunyai sebarang soalan, sila tulis kepada Pentadbiran di bahagian "Hubungi kami"
  • Apakah syarat kerjasama?
    Kami mengalu-alukan pematuhan kepada undang-undang pengangkutan dan peraturan e-hailing yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan. Kami menasihatkan anda menjaga kebersihan kereta dengan baik dan mengisi minyak tepat pada masanya. Anda perlu bersopan-santun, berkelakuan baik dan bertindak bijak dalam keadaan yang sukar. Beberapa situasi boleh dielakkan. Contohnya, anda selalu mempunyai duit baki dan mengingatkan penumpang untuk tidak lupa barang-barang pada akhir perjalanan. Dalam apa jua keadaan, anda perlu bersedia.
  • Apakah nama aplikasi untuk pemandu?
    Aplikasi ini bernama Taxsee Driver dan boleh didapati di Google Play dan App Store. Lebih daripada 3 juta pengguna telah memuat turun aplikasi ini di Android. Anda boleh menemui Taxsee Driver dengan menggunakan carian mengikut nama aplikasi ini.
  • Bagaimana saya boleh mendapat tempahan?
    Anda boleh melihat semua tempahan di aplikasi dalam senarai umum yang dibahagikan kepada kategori berbeza hanya selepas Maxim mengesahkan dokumen yang anda perlukan. Anda boleh melihat tempahan bandar dan antara bandar secara berasingan. Anda boleh memilih tempahan yang paling hampir atau pra-tempah dengan masa tertentu. Untuk mendapatkan tempahan daripada senarai, anda perlu menghantar permintaan kepada Maxim. Anda juga boleh menggunakan tugasan auto. Untuk ini, anda tidak perlu melihat senarai panjang. Anda hanya perlu menerima tempahan yang dicadangkan kepada anda mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Bolehkah saya memenuhi tempahan bila-bila masa saya mahu?
    Ya. Bagi sesetengah, lebih mudah untuk memenuhi tempahan pada waktu puncak, bagi yang lain - pada waktu malam. Anda boleh membuat satu perjalanan semasa pergi bekerja atau ke tempat lain. Rancang pendapatan dan cuti anda. Rehat juga penting, terutamanya untuk keselamatan diri dan untuk mengekalkan berkualiti perkhidmatan.
  • Bagaimana kos tempahan dikira?
    Kos perjalanan dikira berdasarkan beberapa faktor. Contohnya, kos minyak, kos membaiki, insurans dan penyelenggaraan kereta. Ia juga mengambil kira permintaan dan bekalan, persaingan perniagaan, kadar setiap bandar. Maxim bertujuan untuk mengimbangi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam proses ini.
  • Bagaimana untuk menambah pendapatan saya?
    Jana pendapatan ketika cuaca tidak mengizinkan atau semasa cuti. Waktu sesak pada pagi atau petang juga penting untuk menambah pendapatan anda: orang ramai ingin mendapatkan kereta tepat pada masanya dan memberi anda tip. Berikan perkhidmatan yang berkualiti, dapatkan maklum balas positif dan jadilah salah seorang peneraju apabila memenuhi tempahan. Keutamaan untuk menerima tempahan adalah kepada pemandu yang meletakkan penjenamaan pada kereta.
  • Bagaimana saya boleh tahu tentang komisen untuk tempahan?
    Jumlah komisen bergantung pada kawasan, promosi yang diadakan di bahagian tertentu perkhidmatan, dan syarat kerjasama. Jika syarat dipenuhi, anda boleh mendapat peratusan minimum. Maklumat berkenaan promosi dan faktor yang mempengaruhi pembentukan peratusan komisen, boleh disemak di bahagian "Hubungi Kami" → "Tulis kepada pentadbiran" di laman web https://id.taximaxim.com/ atau dalam aplikasi Pemandu Taxsee Driver.